PANASONIC JUICER MJ-70M-UB > Review

Kali ini  SA nak review gadget dapur lagi.Alhamdulillah, setelah penat lelah si isteri selalu duduk di dapur blend segala jenis buah dan ulam untuk dijadikan segala jus untuk sang suami.Penat tau! (tiap hari bikin jus pakai blend ajo, sampaikan nak menitik airmata sang isteri tau.Punyalah nak dapatkan jus dari pati buah buahan tersebut.)mungkin suami SA kesian..setiap hari..., pagi dan malam kena buat jus.Nak kena tapis pula tu hampas buahan.Ohooooiiii.. penat sangat.Kita dengan ada anak kecil lagi tau.ehehe.Tapi sekarang, kerja SA kini  jadi lebih mudah dengan adanya Pengisar jus dari jenama PANASONIC MJ-70M . (Kami sekeluarga memang minat dengan produk Panasonic ni..Tv pun dari jenama yang sama!)
JUICER PANASONIC.jpg


juicer PANASONIC 

manual book juicer panasonic
korang jangan risau, jika TIDAK tahu menggunakan mesin pengisar juice ni..Hihihihihi.. SA pun, siap belek belek lagi manual book ni tau.Mudah di fahami dengan manual book ni.How to use dengan secara terperinci.Mempunyai 3 slang bahasa di situ (manual book).Dari cara penggunaan, mencuci alatan juicer diajar.

mempunyai butang ON/OFF di bahagian paling bawah
Korang tekan ON untuk start kisar jus dan OFF untuk hentikan mesin pengisar jus dari bergerak


jug 600ml 
Jug ini dalam saiz 600ml, bagi menakung air yang telah dijadikan jus tadi (SA buat jus , dapat 1 botol kaca penuh)


mata pengisar jus dan penapis

penapis jus yang didatangkan sekali dengan mata pengisar yang sangat tajam.. 



SA guna cara manual pula
Berus .. (ehehe,macam berus gigi pula yee.) bagi membersihkan tapis serta alatan juicer.Sesuai untuk memberus di kawasan yang sukar dicapai.Sangat mudah dalam kerja pembersihan mesin juice ini.


cara membersihkan mesin juicer
Ini baru cara yang betul,bagi membersihkan sisa sisa hampas jus yang terlekat di kawasan sini.Masukkan berus di lubang sebelah kanan atas dan ON suis ..berus ini akan mencuci dengan sendirinya.

Oh,, sebelum SA terlupa, dari segi bunyi.. brand panasonic ni memang tidak menggecewakan.Slow jer bunyi, tidak bising and smooth aje.Tengok tengok, sudah siap jadi  jus.


Secara keseluruhannya, mesin pengisar buah ini sangat membantu SA dalam kerja kerja menghasilkan jus.Jika dahulu,SA buat jus..hanya menggunakan blender serta memasukkan air bagi menambah kuantiti jus.Kini, Dengan adanya, Juicer PANASONIC MJ-70M , SA dapat menghasilkan jus yang original.TANPA tambahan air..100% menggunakan buah. 

Sangat recommended kepada korang yang sedang mencari mesin pengisar juice.. 10bintang!! 
Harga hanya RM 192.00 







Where to BUY?

WEBSITE :   PANASONIC MALAYSIA
INSTAGRAM : MYPANASONIC

Catat Ulasan

10 Ulasan

Sheila Adziz berkata…
wow... syoknyer panasonic juicer ni... dh lama tgk kat tepi saja... hehehe... xberkesempatan nak beli lagi...
Shalimar Yusof berkata…
Sama laa ngn cikma punyee..tp cikma xpenah guna..cik abe tukg buat sokmo
Cik Renex berkata…
wah senang la nak buat jusnya, nanti kalau ada rezeki pergi umah akk boleh la merasa jus hee
Cik Ash berkata…
Wahhh syoknya ada tempat jus ni
azlina ina berkata…
seronok.. kita suka main benda gini. kikikiki
azlina ina berkata…
boleh..sila dtg
azlina ina berkata…
haah..sangat menarik! gadget bagi mereka yang sukakan minum jus
azlina ina berkata…
insyallah.. nnti ada lah rezeki kak seila.. Bulan puasa,sedap nii.. wat pelbagai jus
azlina ina berkata…
syok.. makin parop ler duit.Duk beli buah epal.. kikikiki. 4 biji epal untuk segelas jus