Pertama Kali Beli Barangan Di Guardian Secara Online

Wahhh.. Teruja betul bila dapat parcel ini tau.Maklumlah, lama dah tak membeli secara online.Alhamdulillah..,yang dinantikan telah tiba ke tangan ina akhirnya,dengan selamat... Pheuwwww~~~

REWARD

 Rasa seronok sangat, bila dapat reward menggunakan hasil duit sendiri.Titik peluh selama ini berblogging .Selama ni, ada yang duk hina ina, katanya, asyik duk makan duit suami aje..tak bekerja. Tapi takpelah, berkat orang mengata itu ini. Alhamdulillah, untuk diri sendiri pula reward.Mak anak 3 pun, nak juga skin cantik dan flawless..hihihi. Reward cemni boleh lah jadi terapi ina.Taknak aura negatif tu..


KURIER GDEX


Guardian menggunakan kurier dari GDEX bagi penghantaran barangan dari store mereka.Alhamdulillah, sangat berpuashati.Barang di balut rapi dengan plastik buble wrap.Tiada masalah barang pecah ataupun kemek.Dan apa yang ina paling suka, Budak kurier ni sangat bagus bekerja..dia akan berikan salam sehingga tuan rumah buka pintu..eheheeheh. (maklumlah, time terima barang ni ina masih duduk di dapur, memasak bagi menu lunch)






Kisahnya, malam sebelum krismas..ina Terbuka website GUARDIAN MALAYSIA dan..wowww! ina sudah terpukau dengan sale yang ada.Sale sempena Christmas..banyak betul Offer.Hajat di hati ina, mau je beli Pencuci wajah.Asyik duk godek godek pelbagai jenama di Drugstone ni..akhirnya.Ina pun terbeli rangkaian produk dari NUTOX  iaitu toner dan cleansing foam.




Bungkusan kemas dengan plastik bubble wrap




nutox kekal muda,nutox fazura,produk watson,produk guardian,guardian barang murah
2 kali wrap .. sangat teliti





Gelombang #FATTZURA




fattzura,fatah amin dan fazura
Gelombang #Fattzura




Ha.., mesti ada yang cakap..ni mesti beli sebab viral #fatzura nii.. Eh, taklah. Takda kena mengena langsung. Yang ina tergoda untuk membeli produk ini ialah disebabkan Bahan ramuan yang digunakan dalam skincare Nutox .. Salah satunya ialah Bird Nest dan Collagen.Semua orang tau, sarang burung ni sangat bagus untuk kecantikan serta awet muda.Huhuhuhuhu~~~



toner nutox,toner anti aging
Toner Nutox

Ha.. tengok tu..Kan sudah terbeli.Kata nak beli pencuci wajah sahaja, tapi terbeli juga Toner.Hiihihihiii... Tapi apa salahnya kan? Sudah alang alang shopping online. Lagipun, sebelum ini, ina takda lagi guna toner.Sebelum ini,hanya ada gunakan Bird Nest Peptide dari Bio essence aje.




Toner dan cleansing Foam dari Nutox


HARGA 


Netizen cakap, produk NUTOX ini sangat mahal.. tapi bagi ina..okay aje lah..masih reasonable price.Macam ina ni, seorang suri rumah masih mampu membeli lagi..alhamdulillah.


Inilah 2 item ina beli itu.. 2 barang ni berharga RM 47 sempena Christmas.. 


beli online guardian
Nutox tiada bahan merkuri



  1. No paraben
  2. No Colourant
  3. No Mineral Oil
3 Sebab ni juga lah.. ina berani mencuba Nutox



Kesimpulannya, shopping di hujung jari ini.. amatlah sesuai sekali bagi ibu ibu yang sibuk atau sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan barangan tanpa perlu keluar rumah  bagi mendapatkan barangan penjagaan diri serta wajah. Pembelian secara atas talian juga, dapat menjimatkan masa dan petrol korang.Okay..? Tapi sebelum itu, korang kena pastikan wang didalam bank mencukupi bagi melakukan transaksi tersebut.



Kepada kaki shopping barangan penjagaan diri seperti mekap, skincare ,penjagaan rambut dan perfume boleh membeli ke laman sesawang berikut:

https://guardian.com.my/
type='text/javascript'>