PETUA: BIBIR MUNGIL

Bibir mungil itu apa? adakah bibir yang bentuknya terjuih? bibir penuh? bibir seakan bengkak ? bibir mungil berbentuk penuh dan tebal. Bila oleskan gincu atau lipstick pada bibir, sangat menawan. Orang yang berurusan dengan anda pasti fokus bibir dahulu.  Tidak dinafikan, bibir mungil adalah impian bagi setiap wanita di luar sana. Bukan sahaja menjadi idaman wanita, malah para suami pun geram dengan bibir begini. Seksi! dalam artikel ini saya akan berkongsi petua mendapatkan bibir mungil. 


Tips untuk dapatkan bibir mungil,menawan,sihat,dan tidak kering menggelupas.Sebenarnya, bibir pun perlukan penjagaan rapi. Barulah cantik,kemerahan, walau tidak mengoles lipstick pun..masih tetap cantik.Ha.. mesti nak kan? okay..baca dan amalkan petua ini..





17 cara mengenal pasti Gincu sesuai


Petua Untuk Memiliki Bibir Menawan

1. Minum lapan gelas air putih setiap hari
Amalam ini dapat membantu mencegah dehidrasi yang menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah.

2. Gunakan lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV dan pelembap.

3. Basahkan bibir dengan air putih dan bukannya air liur. 
Air liur mengandungi kelenjar dan enzim yang boleh membuatkan bibir kamu bertambah kering.

4. Bersihkan sisa gincu sebelum membuat sapuan yang baru dan sebelum tidur. 
Kaedah ini dapat mengelakkan segala debu dan bakteria yang melekat pada bibir. Sisa gincu boleh dibersihkan dengan menggunakan berus gigi yang lembut.
 
 

17 Cara mengenal pasti GINCU sesuai 

 


5. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. 
Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin B, C, E dan mineral. Amalkan minum air barli untuk menyejukkan badan.

6. Hati-hati ketika memilih gincu. 
Pilihan yang tidak sesuai akan menjadikan bibir menjadi kering dan pecah-pecah. Selain itu, jangan gunakan gincu atau lip balm yang sudah berusia lebih dari setengah tahun.

7. Jauhi gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol
Bahan kimia yang terdapat di dalam rokok akan menyebabkan bibir menjadi hitam. Sementara alkohol pula akan membuatkan bibir kamu menjadi kering dan merekah.

8. Jadikan lip balm dan lip gloss sebagai teman setiamu. 
Sapukan pada bibir jika ia mulai kering dan setiap kali sebelum tidur. Selain itu, kamu boleh menggunakan madu sebagai pelembap semulajadi.

9. Untuk mengelakkan bibir menjadi luka dan berdarah, jangan mengelupaskan kulit bibir yang mati dalam kering! 
Sebaliknya bibir hendaklah dibasahkan terlebih dahulu dan lap dengan tuala basah.

10. Gincu yang mengandungi perisa dan pewangi akan menyebabkan bibir menjadi kering, namun dengan tambahan pelembap (vitamin E) dan pelindung sinar UV dapat membantu melindungi bibir.  
Justeru, kamu tidak perlu khuatir dengan sebarang produk kecantikan bibir yang mempunyai pewangi dan perisa.

11. Hindari makanan pedas dan panas, makanan bergaram (misalnya kuaci) atau buah-buahan bergetah seperti duku.

12. Bibir tidak mempunyai kelenjar lemak, namun banyak mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka terhadap sinar matahari.
 Jadi lindungi bibir kamu dengan gincu atau lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV.

13. Untuk bibir yang seksi dan sihat, juga disarankan sentiasalah ucap kata-kata kebaikan, elakkan mengumpat dan bercakap buruk tentang orang lain.


Selamat mencuba semua wanita cantik di luar sana yaa.. 
type='text/javascript'>